Suria Giant Fan Services Sdn Bhd
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2020

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2020

YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 yang lalu semasa pembentangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah menekankan tentang inisiatif Kerajaan untuk memperkasa dan memperluaskan pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dalam usaha merangsang dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi domestik melalui sektor peruncitan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.Bagi melengkapi pelaksanaan KBBM, KPDNHEP juga menganjurkan KJM 2020 secara serentak sebagai salah satu inisiatif yang menyeluruh untuk memulih (recovery) dan merancakkan (revitalise) sektor peruncitan di dalam negara.Inisiatif KBBM dan KJM 2020 dilihat mampu meningkatkan permintaan domestik khususnya untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19.

OBJEKTIF PENGANJURAN PROGRAM KJM 2020

Objektif penganjuran program KJM 2020 adalah seperti berikut:

Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan sekaligus membantu industri merancakkan aktiviti sektor peruncitan yang terjejas sepanjang tempoh PKP.Mengembalikan keyakinan pembeli dan pengguna untuk keluar berbelanja dan meningkatkan perbelanjaan isi rumah yang terkesan akibat pelaksanaan PKP.Mempromosi penggunaan aplikasi atas talian MySales Tracker yang dibangunkan oleh KPDNHEP kepada pihak industri dan pengguna bagi memudahkan capaian maklumat berkaitan aktiviti jualan murah yang sedang dan akan dilaksanakan diseluruh negara.


https://www.linkedin.com/pulse/kempen-beli-barangan-buatan-malaysia-2020-khairil-anuar-muhammad

Back To Top