Suria Giant Fan Services Sdn Bhd

Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, Kuala Muda di sebelah barat, Sik di utara, negeri Perak di sebelah tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi dan menjadi daerah yang kedua terbesar di Kedah selepas daerah Sik.

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di kawasan daerah Baling. Salah satu kemudahan tersebut termasuklah Masjid Ridzwaniah Pekan Baling. Masjid Ridzwaniah Pekan Baling ini mempunyai kubah yang besar di mana garis pusat melebihi 60 kaki. Saiz kubah yang besar ini menyebabkan timbul masalah dari segi pemasangan kipas siling. Oleh itu, Suria Giant Fan telah mencadangkan untuk memasangkan kipas bertiang atau lebih dikenali "Suria Pole Fan". Untuk mengetahui lebih lanjut, ayuh kita saksikan video temubual bersama Haji Tajuddin, Setiusaha Masjid Ridzwaniah Pekan Baling.

Back To Top