Suria Giant Fan Services Sdn Bhd
   

Pembinaan masjid ini dilakukan pada 2 Mei 1981. Ianya siap sepenuhnya pada 2 November 1984 dengan kos perbelanjaan RM8.2 juta. Masjid ini mempunyai luas 3.3 ekar berhampiran Jalan Sultan Mahmud dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, YBM Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan batu asas masjid ini pada awal bulan Julai 1978. Tapak asal masjid ini merupakan tapak dewan orang ramai dan kawasan tanah perkuburan HSNZ

Senibina moden berasaskan ciri-ciri tempatan oleh Encik Wan Shahriman ini menyamai senibina masjid di Timur Tengah khususnya di bahagian bumbung yang rata. Pembinaannya dilakukan oleh Gabungan Pemborong Quarry Sendirian Berhad manakala Balai Seni Ukir Wan Su yang terletak di Besut pula melakukan kerja-kerja mengukir Ukiran Awan Larat dan Khat Mimbar sebagai hiasan masjid tersebut

Pada 11 Februari 2016, Masjid Ladang melancarkan Program Tabarru'aat iaitu menyumbang makanan dan minuman untuk golongan sasar seperti fakir miskin, musafir dan keluarga pesakit yang berulang atau ditempatkan di HSNZ untuk tempoh panjang

Back To Top