Suria Giant Fan Services Sdn Bhd
Stay Healthy In Summer

Fenomena cuaca panas terik dan kering yang melanda ketika ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

Ini kerana pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku kepada semua individu yang terdedah dengan kepanasan melampau secara berterusan dalam jangka masa yang lama.

Dalam situasi bahang cuaca panas hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikannya sebagai gelombang haba iaitu satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Individu yang bekerja di luar bangunan juga dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya cuaca terlalu panas ketika ini bagi mengelakkan risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba boleh memburukkan kesihatan seseorang.

Back To Top