Suria Giant Fan Services Sdn Bhd

Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Kampung Seberang Jerteh, Jerteh, Terengganu, Malaysia. Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan negeri.

Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.

Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak.

Back To Top