Suria Giant Fan Services Sdn Bhd
Kenapa Perlu Memilih HVLS Fan Buatan Malaysia ???

Mengapa Memilih Kipas HVLS Buatan Malaysia?

Pada era pemodenan, Malaysia dilihat berada di pentas dunia setanding dengan negara-negara Eropah, seperti kata pepatah, "duduk sama rendah, berdiri setinggi". Teknologi moden adalah faktor utama yang mempengaruhi ekonomi negara. Ini terbukti apabila produk buatan Malaysia seperti baju batik dan kereta Proton mula mendapat tempat di hati orang asing. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga digelar Bapa Pemodenan, Tun Dr Mahathir Mohamad, dia sangat prihatin terhadap kualiti produk yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Pada pendapat saya, kualiti produk buatan Malaysia harus ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya produk buatan tempatan dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Antara faedah membeli barangan tempatan adalah:

1) Alat ganti yang murah & sentiasa ada

Kebanyakan produk yang di import dari luar negara tidak menyediakan alat ganti di Malaysia & ini mermerlukan pelanggan menuggu lebih lama untuk alat ganti disediakan oleh syarikat yang mengimport barangan ke Malaysia, selalu masa yang diambil 30 ke 40 hari untuk sampai di Malaysia. Lebih malang lagi, alat ganti tidak disediakan atau tidak boleh ditukar ini akan menyebabkan pelanggan perlu menukar baru, Di Suria Giant Fan, kami R&D, Memasang, menyelengara & pendawaian Sendiri. Kami hanya memerlukan 24 Jam Untuk menyelesaikan masalah anda.

2) Barangan Yang Berkualiti dengan Harga yang berbaloi

Produk buatan tempatan lebih murah & berkualiti berbanding dengan barangan import yang telah dikenakan cukai. Buktinya, sebanyak 10 hingga 15 peratus cukai tambahan telah dikenakan ke atas barangan import dan menyebabkan harga barangan dua kali ganda lebih mahal daripada harga asal. Untuk mengeimbangi harga dari sayarikat kipas gergasi di Malaysia, produk yang di import perlu menurunkan kualiti barangan untuk mencapai harga yang murah. Tapi perlu kita ingat, harga murah tidak semestinya dapat barang yang berkualiti. Oleh yang demikian, Suria Giant Fan adalah syarikat dari Malaysia yang membina barangan sendiri dan menjual harga yang amat berbaloi. Suria Giant Fan is a company from Malaysia that builds its own products and sells at a very good price.

3) Dari perspektif yang lain pula, membeli barangan tempatan juga dapat meningkatkan industri tempatan.

Dengan ini, taraf hidup masyarakat tempatan juga dapat ditingkatkan dan hidup dalam keadaan yang lebih selesa. Hal ini dapat membolehkan mereka menghasilkan barangan hasil tempatan yang lebih berkualiti dan barangan ini dapat menarik minat pelancong untuk membeli barangan tersebut.

4) Barangan berkualiti ini dapat memberikan keuntungan yang besar kepada industri tempatan dan seterusnya digunakan bagi memajukan industri tempatan sekali gus meningkatkan ekonomi serta taraf hidup masyarakat di negara ini.

Pada hemat saya, industri tempatan merupakan salah satu faktor yang signifikan dalam usaha memajukan ekonomi Malaysia. Oleh itu, pembelian barangan tempatan perlulah dititikberatkan dalam kalangan masyarakat di negara ini

HVLS Fan Buatan Malaysia

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan boleh membawa pelbagai faedah yang dapat meningkatkan pembangunan ekonomi Malaysia . Justeru ,saya mencadangkan semua pihak alaf baharu ini perlu bertindak secara kolektif dengan membeli barangan buatan Malaysia agar dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Kata orang tua-tua, peribahasa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” wajar diimplementasikan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini dengan menggembleng tenaga bagi meningkatkan jualan barangan buatan Malaysia di seantero dunia. Tuntasnya, pada pandangan saya, semua masyarakat Malaysia haruslah menyemai amalan membeli barangan tempatan negara sejak hari ini agar dapat mancapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada masa yang akan datang.

Jika ingin makluman lanjut tentang kipas gergasi / Giant Fan / HVLS Fan buatan malaysia, boleh hubungi atau wahatapp 0197362630 Giant Fan / HVLS Fan made in Malaysia, can call or WhatsApp 0197362630


https://www.linkedin.com/pulse/kenapa-perlu-memilih-hvls-fan-buatan-malaysia-khairil-anuar-muhammad

Back To Top