Suria Giant Fan Services Sdn Bhd

Masjid yang terbesar dan paling gah di negeri Terengganu adalah Masjid Taman Ilmu di Tembila, Besut. Masjid ini telah dibina pada 2007 dan siap pada 2014 dengan kos RM46.8 juta (tidak rasmi).

Masjid Taman Ilmu ini mampu menampung sehingga 10,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikan ia sebagai masjid terbesar di negeri Terengganu dan ke-5/6 terbesar di Malaysia.

Seni bina masjid Taman Ilmu adalah berasaskan konsep rekabentuk Masjid Lama Kg Tuan (1830 Masihi) di Chukai, Kemaman. Ia menerapkan identiti masjid dengan mengaplikasikan rekabentuk bumbung bertingkat (bumbung berlapis), buah gutung dan mihrab separa bulatan.

Masjid di atas tapak Parcel A, Taman Ilmu dengan keluasan 12.4 Hektar ini sebenarnya adalah sebahagian daripada perancangan keseluruhan dan impian bekas Menteri Besar Terengganu ketika itu untuk mewujudkan sebuah hub pendidikan negeri Terengganu di bawah rancangan Koridor Ekonomi Pantai Timur / East Coast Economic Region ECER. 

Projek keseluruhan Taman Ilmu ini berkomposisikan komponan bangunan termasuk perpustakaan, kolej kediaman, mini stadium, dewan konvensyen, dewan kuliah, masjid dan akan menempatkan beberapa institusi pendidikan.

Back To Top